Berdagang dengan broker yang dikawal selia

Memulakan operasi pada tahun 2021, syarikat ini menyediakan persekitaran yang selamat untuk pedagang runcit dan profesional. Bertujuan untuk mendemokrasikan perkhidmatan kewangan melalui peningkatan teknologi, 1Market menawarkan rangkaian penyelesaian perdagangan proprietari dan perolehan yang unik yang mewujudkan persekitaran yang komprehensif dan memperkasakan yang membolehkan pedagang menilai aktiviti pedagang lain dan mengesan trend dalam masa nyata secara berkesan.

Identiti Kami

1Market adalah jenama yang dimiliki dan dikendalikan secara global oleh Podora Ltd., sebuah syarikat Kepulauan Marshall dengan nombor pendaftaran 107838. Komited kepada prinsip-prinsip Integriti, Kemahiran, Ketekunan, Hemat Kewangan, Komunikasi dengan Klien dan Perlindungan Aset Klien yang sama seperti yang ditetapkan oleh undang-undang, 1Market menawarkan persekitaran perdagangan yang komprehensif dan selamat yang membolehkan pedagang meneroka cara baharu untuk berdagang dan belajar daripada satu sama lain.

Mengenai 1Market

Bersatu Kita Teguh

Moto kami adalah ‘Perdagangan untuk semua’. Satu-satunya cara untuk menjadikan perdagangan dapat diakses oleh semua orang tanpa mengira pemahaman mereka tentang dinamik pasaran atau potensi pelaburan adalah dengan mewujudkan suatu persekitaran komprehensif yang dikuasakan oleh 1nsight – alat ‘kebijaksanaan’ kolektif yang membolehkan anda mengumpulkan maklumat dagangan yang berharga sambil anda berdagang. Lihat apa yang pedagang lain seperti anda dagangkan dan bagaimana pilihan mereka mempengaruhi pergerakan aset dalam masa nyata.

Mencipta Kesan Sosial

Dengan membawa pendekatan baharu dalam perdagangan, 1Market memperkasakan pedagang dari semua peringkat pengalaman untuk meneroka cara baharu berdagang dengan kelebihan teknologi. Di 1Market, kami percaya bahawa setiap pedagang harus mendapat manfaat dari penawaran yang disesuaikan. Dibangunkan oleh pedagang untuk pedagang, pusat perdagangan kami yang serba boleh memberikan kebebasan pilihan kepada pelabur kecil dan besar untuk memilih dari barisan pelbagai platform dan alat yang canggih, termasuk penyelesaian utama yang menyokong infrastruktur perdagangan kami – 1nsight, sebuah alat analisis sentimen didorong algoritma yang unik, 1Market Social, sebuah aplikasi penyalin-dagangan mudah alih yang bijak, dan MetaTrader 5 yang popular, yang mudah diakses pada sebarang peranti dan dari mana sahaja. Selain itu, platform perdagangan web kami yang mantap sentiasa menjadi pilihan terbaik dalam hal liputan aset, analisis perdagangan masa nyata, isyarat, dan semua yang aspek berkaitan. Kami menyediakan pasaran di hujung jari anda!

Visi & Komitmen Kami kepada Pedagang

Kami percaya pada keterangkuman dalam perkhidmatan perdagangan dan pelaburan. Dengan pemahaman yang mendalam mengenai dinamik pasaran dan kepakaran kami sendiri dalam perdagangan selama bertahun-tahun, kami telah mereka cipta ekosistem dagangan dan pelaburan yang komprehensif yang membolehkan setiap orang untuk berkembang mengikut keupayaan mereka sendiri.  Kami tidak henti-henti menawarkan pilihan aset dan produk yang menguntungkan kepada pedagang. Aset-aset baharu akan ditambahkan ke platform kami secara beransur-ansur, sambil pengalaman klien dan pasukan penyelidikan kami terus menganalisis permintaan pedagang kami terhadap instrumen kewangan yang lebih serba boleh, dan sebuah penyelesaian mudah alih 1MARKET yang lengkap juga akan tiba tidak lama lagi. Pengembaraan baru bermula. Ayuh kita maju!

Cari